LUNCH BOX (Delivery by The Mudzaffar Hotel MITC)
- Aflieza Arshad
- Jul 13, 2018
- 2 min read
MELAKA 11 Julai - Masyarakat di sekitar MITC dan Ayer Keroh khususnya golongan bekerja, tidak perlu lagi menempuh kesesakan serta berdepan masalah parkir untuk keluar makan tengah hari berikutan Hotel Mudzaffar memperkenalkan khidmat penghantaran untuk set makan tengah hari kepada pelanggannya. Dengan bayaran serendah RM7 sahaja, set ‘Lunch Box’ tersebut yang mengandungi dua jenis menu iaitu nasi ayam dan nasi tomato masing-masing berharga RM7 setiap satu dan didatangkan dengan air minuman percuma. Pengurus Besar Hotel Mudzaffar, Ahmad Rizal Al-Haj berkata, langkah Hotel Mudzaffar menyediakan perkhidmatan penghantaran tersebut sebagai alternatif bagi memudahkan pelanggan yang tidak berkesempatan untuk keluar makan tengah hari di luar. Katanya, harga yang ditawarkan juga amat berpatutan malah lebih murah berbanding di sesetengah kedai malah usaha ini juga akan menjimatkan masa bagi golongan bekerja yang sentiasa terkejar-kejar dengan urusan masing-masing. "Kami menyediakan 10 kakitangan untuk menghantar set makanan ini dan tempahan boleh dibuat sebelum pukul 11 pagi setiap hari dan setiap tempahan perlu melebihi 10 set untuk penghantaran percuma,” "Set nasi ayam dihidangkan bersama ayam panggang, salad, sos dan kicap bijan manakala nasi tomato disediakan bersama ayam masak merah dan sayur acar timun," katanya dalam sesi pengenalan menu tersebut kepada media di hotel itu di sini petang ini. Menurut Ahmad Rizal lagi, Hotel Mudzaffar juga menyediakan set ‘Let’s Do Lunch’ yang menyediakan empat menu hidangan berharga RM20 setiap satu yang disediakan oleh Cheff Hazrin Hashim dan pasukannya. Turut disediakan adalah set makanan tengah hari berasaskan masakan tradisional India iaitu ‘Thali Set’ dan ‘Tandoori Set’ bermula pada harga RM15.90 hingga RM22.50 bermula Isnin lalu.


Orang ramai khususnya di sekitar Ayer Keroh yang ingin membuat pesanan set makanan tengah hari di hotel itu boleh menghubungi talian 06-2347733 untuk tempahan dan pertanyaan
Comments